Saturday, September 1, 2012

Air oh air....

Kelakar sungguh bila setiap malam kita disuap (walaupun dah tak berselera) dengan isu air di Kelantan. Isu air di Pasir Mas, air berbau di Tumpat dan sebagainya. Segala permasalahan tersebut seolah mahu mengajak manusia yang malas berfikir untuk menyalahkan kerajaan negeri. Objektif penyangak ini pastinya tercapai andai kita terpengaruh dengan dakyah mereka.
Walau bagaimanapun sedarkah kita bahawa di dalam sebuah negeri selamat BN isu air masih berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Sudah berpuluh tahun masalah yang sama menghantui masyarakat Felda di Gugusan Bera, setiap kali musim raya setiap kali itulah warga felda (peneroka n anak cucu mereka)terpaksa mencari alternatif sendiri apabila bekalan air terputus. Bila tiba masa anak cucu berkumpul masa itu jugalah bekalan air akan terputus. Pam rosak, pam dicuri, air tak cukup, tekanan tak kuat dan pekerja bertugas bercuti merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh mereka. Saluran penghantaran air paip yang dah berkurun usianya turut dijadikan alasan. Bila Jabatan Bekalan Air dah ditukar kepada Perbadanan Air Pahang masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Yang bertanggung jawab tak pernah memandang isu ini sebagai satu isu yang serius, hanya kerana semua ini berlaku di negeri selamat UMNO.

Monday, August 6, 2012

Selamat Datang Santi Cazorla

Berita gembira yang bertiup dari London menyatakan pengurus Arsenal Arsene Wenger berjaya memikat pemain antarabangsa Sepanyol untuk menyarung jersi The Gunners pada musim depan. Santi Cazorla, 27 pemain sayap kelab bola sepak Malaga dalam liga Sepanyol merupakan pemain ketiga yang dipancing Gunners selepas Podolski dan Giroud. Cabaran ayam tambatan Gunners, Robin Van Persie yang mahukan kelab dari London itu menunjukkan kesungguhan mereka dalam memberikan cabaran takhta liga nampaknya telah disahut oleh Arsene Wenger.

Thursday, March 31, 2011

KELEBIHAN SEORANG ISTERI

Ada masanya si isteri akan mengeluh tentang tanggungjawabnya di tempat kerja dan juga di rumah. Sekiranya sudah mempunyai anak-anak kesibukan sebagai isteri akan bertambah dan ini sedikit sebanyak akan menggangu keharmonian rumah tangga. Tambah-tambah pula bila sang suami berat tulang untuk membantu isteri. Namun isteri harus sedar bahawa setiap kejadian yang diciptakan Allah S.W.T itu mempunyai hikmah dan kelebihannya masing-masing. Antara kelebihan isteri untuk renungan bersama

Friday, February 11, 2011

MASALAH KEJANG KAKI KETIKA MENGANDUNG

First time bila isteri mengadu dia mengalami kekejangan kaki akibat kandungan yang semakin membesar terasa sedih sangat-sangat.. Maklumlah kita bukan berada disisinya selalu. Tiga bulan sekali baru dapat bersua dengan isteri tersayang. Cari punya cari jumpalah info yang diberikan oleh seorang kenalan jauh. (TQ Puan Anna TKO).

Kebas pada bahagian kaki adalah perkara yg normal pada waktu mengandung, lebih2 lagi tremester terakhir kandungan. Berat bayi yg semakin bertambah menyebabkan kaki sakit menanggung, semasa berbaring pula berat bayi menekan pada sakur darah.. ini pula tidak dibantu oleh pertukaran hormon; progesteron yg melonggarkan otot2 dan sendi2..

Tuesday, February 8, 2011

PANDUAN MEMILIH BAJU MENGANDUNG

Sayang abang peknen? Alhamdulillah...Setelah 6 bulan bergelar suami isteri akhirnya khabar gembira kuterima pada Disember 2010 yang lepas. Perasaan gembira dan gementar bercampur baur. Mana tidaknya semua ni adalah pengalaman pertama buatku. Perkara yang terlintas ketika itu cuma hendak memaklumkan kepada satu dunia bahawa tidak lama lagi aku akan bergelar ayah. Tapi sayangku meminta agar semua ini dirahsiakan sehingga pemeriksaan doktor dibuat.. Bila dah kompem tu terus nak ajak sayang cari baju mengandung! hehehe... Tak sabar-sabar walhal kandungan sayang pun masih tak nampak lagi. Rupa-rupanya baju mengandung ni tak perlu dibeli awal sangat (masa kandungan bawah 5 bulan). Tambahan pula bagi wanita melayu, baju kurung masih sesuai dipakai terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Masalahnya cuma dibahagian pinggang kerana dah tak boleh nak cangkuk. Penyelesaiannya gunakanlah pin baju (pin yang besar macam pin lampin bayi tu lagi bagus…) supaya kain tak terlondeh.