Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011

Petang jumaat 15hb Oktober jadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Menanti dengan sabar di depan televisyen bermula daripada pukul 3 lagi.. Tapi baru masuk intro pembentangan yang disampaikan oleh YAB DSNTR generator telah dipadamkan.. Apa boleh buat, arahan jelas telah diberikan bahawa tepat pukul 4 generator mesti direhatkan sebelum dihidupkan semula untuk waktu malamnya..

Untuk mengisi kekosongan dan kebosanan petang maka bergegaslah kami bermain ping pong di dewan.. Hendak main badminton cuaca panas membahang.. Hendak tak hendak mainlah permainan yang bukan sebahagian dari permainan kegemaranku..

Selesai bermain ping pong sampai di rumah masing-masing terus menonton televiyen, malah ada juga yang membuka internet.. Bila dibaca ternyata ramai kakitangan awam yang menarik moncong, menjuih bibir.. Walaupun PTK dimansuhkan, cuti bersalin untuk kakitangan wanita ditambah 90 hari (dengan pilihan), insentif rm500 untuk pegawai gred 54 kebawah namun rata-ratanya masih tidak berpuas hati..

Harapan yang menggunung agar kerajaan memberikan bonus pada tahun ini nampaknya tidak kesampaian.. Kecewa lagi kakitangan awam sama seperti ketika selepas bajet 2010 dibentangkan oleh PM yang sama tahun lepas.. Yang lebih menjengkelkan ialah pengumuman untuk mendirikan sebuah bangunan 100 tingkat bernilai RM5 bilion sebagai mercu tanda kemajuan Malaysia.. Masing-masing tercari-cari relevannya pembinaan bangunan tersebut.. Amat tidak sesuai sekali sekiranya permintaan kakitangan awam agar diberikan bonus tidak dapat dilayan..

Pada saya pembinaan bangunan tersebut hanya satu pembaziran semata-mata.. Disaat kuasa beli penduduk Malaysia semakin lama semakin kecil sepatutnya kerajaan lebih prihatin untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf sosial rakyat.. Kos sara hidup di Malaysia sekarang ni semakin lama semakin tinggi, sedangkan gaji penduduk Malaysia masih ditakuk lama.. Setiap tahun ada sahaja kenaikan dalam barangan keperluan harian..

Hujung minggu di pedalaman

Hari Sabtu kali ini begitu terik sinaran mataharinya. Air sungai semakin jernih dan semakin kering. Kalau diikutkan takwim kemarau negeri Sarawak musim air langkang (meminjam perkataan iban yang bermaksud kering) sudah hampir-hampir ke penghujungnya. Niat hendak memancing pun terpaksa dipendam buat seketika kerana keadaan air hanya untuk ikan buntal je memakai umpan. Kalau adapun cuma ikan tengadak (kerai) yang berselera menyambar umpan, itupun terpaksa berada dalam perahu di bawah pancaran matahari terik berbekalkan umpan biskut atau roti.

Tapi di waktu begini penduduk rumah panjang yang menahan ukat akan datang ke sekolah untuk menjual ikan hasil tangkapan mereka. Setidak-tidaknya dapat jugalah kami menjamu selera berlaukkan ikan palau yang dimasak kukus.. Isinya yang manis memang membuka selera tambah-tambah bila perut sudah berkeroncong meminta untuk diisi..

Satu-satu yang menggembirakan ialah harapan yang diberikan oleh apai Beatrice, beliau akan menjual ikan semah kepada kami sekiranya ikan semah tersangkut di pukatnya.. Semah ini sebenarnya nama lain untuk ikan Kelah. Hhmmmm.. X sabar nak meratah isi lembut semah besok... harap-harap dapatlah ikan semah besok.. Amin...

Friday, August 27, 2010

Coretan dari pedalaman....


Alhamdulillah... Minggu ni dah masuk hari 17 umat Islam berpuasa. Walaupun suasana berpuasa di pedalaman Sarawak ini besar benar bezanya berbanding suasana di Semenanjung namun segalanya dihadapi dengan tabah dan penuh keimanan. Bersahur dengan ditemani cahaya lilin dan lampu suluh, berbuka tanpa kuih muih dari bazar ramadhan dan bertaraweh berseorangan sedikitpun tidak merencatkan ibadah puasa masing-masing. Setidak-tidaknya di sini tidak ada gangguan untuk merebut peluang meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini..

Sesekali kami akan ke Sibu untuk meraih sedikit kemeriahan suasana di bazar ramadhan. Terubatlah rindu nak menjamah mertabak, air tebu dan pelbagai juadah berbuka yang lain.

Friday, March 12, 2010

Aduhai Bangsaku....

Lama rasanya memendam perasaan melihat senario politik yang semakin berkecamuk sekarang ni.. Gejala lompat parti, fitnah memfitnah dan macam-macam lagi... Rakyat hanya dimomokkan dengan dengan berita-berita yang menyenangkan oleh media yang terang-terangan menyokong kerajaan.. Sedangkan hakikat sebenarnya masa depan negara semakin suram berdepan isu-isu perkauman yang semakin berkudis dan bernanah mutakhir ini...

Aku bukanlah pemerhati politik yang jarang terlepas pandang setiap isu yang terpancut keluar dari arus politik negara... Namun berdiam diri juga bukan tindakan yang paling bijak buat masa ini.. Pada pandangan aku hala tuju Malaysia semakin lama semakin kabur... Pelbagai agenda dan wawasan dicanang tapi untuk masa yang singkat semua tu jadi tak terkejar dek rakyat.. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari... Nak membentuk perpaduan pun bukan sekadar menggabungkan insan berkulit hitam manis, kuning langsat dan sawo matang bersama-sama dalam satu iklan tapi yang paling penting sekali macam mana kita hendak menimbulkan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain..


Friday, February 26, 2010

Arini suma pakat bangun lewat.. Dok dihulu boring, dh sampai ke pekan pun boring jugok...Masing2 sibuk dok melayan facebook masing2, bila time makan baru p makan... Pastu balik ke bilik n layan facebook lagi... Hmmmm.. Rutin harian yang betul2 membosankan...

Sunday, February 14, 2010

Akhirnya...

N kukenali secara tidak sengaja ketika sama-sama memohon untuk bekerja di salah sebuah GLC ulung negara. Perkenalan yang bermula pada 2003 itu kekal hingga sekarang. Selama aku mengenalinya selama itulah aku cuba untuk menyelami hati, mencari di mana duduknya diriku ini dalam lubuk hatinya yang begitu dalam untuk kuselam..

Ada masanya naluriku mendesak untuk aku mendapatkan kepastian. Tapi alasannya begitu mudah, dia belum bersedia untuk menerima cinta insan yang bergelar lelaki. Berkali-kali aku merayunya namun jawapan N masih tidak berubah. Belum bersedia, takut dan macam-macam lagi.

Dalam pada menunggu dan terus menunggu kehidupan mesti diteruskan. Ego lelaki yang sememangnya tidak boleh dinafikan kewujudannya akhirnya berjaya memujuk hatiku agar beralih angin.. Bunga bukan sekuntum dan usia yang semakin meningkat bukan lagi relevan untuk aku menunggu cinta N. Setelah dua tahun aku bertemu R, gadis yang lebih berusia daripadaku dan berasal dari utara. R pada mulanya hanya menganggap diriku sebagai adik angkatnya. Tapi cinta itu kadang-kadang hadir di luar kawalan kita.. Setelah setahun R meluahkan rasa hatinya kepadaku. Aku keberatan untuk menerimanya kerana hubungan kami lebih mirip kepada seorang kaunselor dengan