Friday, August 27, 2010

Coretan dari pedalaman....


Alhamdulillah... Minggu ni dah masuk hari 17 umat Islam berpuasa. Walaupun suasana berpuasa di pedalaman Sarawak ini besar benar bezanya berbanding suasana di Semenanjung namun segalanya dihadapi dengan tabah dan penuh keimanan. Bersahur dengan ditemani cahaya lilin dan lampu suluh, berbuka tanpa kuih muih dari bazar ramadhan dan bertaraweh berseorangan sedikitpun tidak merencatkan ibadah puasa masing-masing. Setidak-tidaknya di sini tidak ada gangguan untuk merebut peluang meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini..

Sesekali kami akan ke Sibu untuk meraih sedikit kemeriahan suasana di bazar ramadhan. Terubatlah rindu nak menjamah mertabak, air tebu dan pelbagai juadah berbuka yang lain.