Friday, February 11, 2011

MASALAH KEJANG KAKI KETIKA MENGANDUNG

First time bila isteri mengadu dia mengalami kekejangan kaki akibat kandungan yang semakin membesar terasa sedih sangat-sangat.. Maklumlah kita bukan berada disisinya selalu. Tiga bulan sekali baru dapat bersua dengan isteri tersayang. Cari punya cari jumpalah info yang diberikan oleh seorang kenalan jauh. (TQ Puan Anna TKO).

Kebas pada bahagian kaki adalah perkara yg normal pada waktu mengandung, lebih2 lagi tremester terakhir kandungan. Berat bayi yg semakin bertambah menyebabkan kaki sakit menanggung, semasa berbaring pula berat bayi menekan pada sakur darah.. ini pula tidak dibantu oleh pertukaran hormon; progesteron yg melonggarkan otot2 dan sendi2..

Tuesday, February 8, 2011

PANDUAN MEMILIH BAJU MENGANDUNG

Sayang abang peknen? Alhamdulillah...Setelah 6 bulan bergelar suami isteri akhirnya khabar gembira kuterima pada Disember 2010 yang lepas. Perasaan gembira dan gementar bercampur baur. Mana tidaknya semua ni adalah pengalaman pertama buatku. Perkara yang terlintas ketika itu cuma hendak memaklumkan kepada satu dunia bahawa tidak lama lagi aku akan bergelar ayah. Tapi sayangku meminta agar semua ini dirahsiakan sehingga pemeriksaan doktor dibuat.. Bila dah kompem tu terus nak ajak sayang cari baju mengandung! hehehe... Tak sabar-sabar walhal kandungan sayang pun masih tak nampak lagi. Rupa-rupanya baju mengandung ni tak perlu dibeli awal sangat (masa kandungan bawah 5 bulan). Tambahan pula bagi wanita melayu, baju kurung masih sesuai dipakai terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Masalahnya cuma dibahagian pinggang kerana dah tak boleh nak cangkuk. Penyelesaiannya gunakanlah pin baju (pin yang besar macam pin lampin bayi tu lagi bagus…) supaya kain tak terlondeh.

KHAS UNTUK BAKAL AYAH DAN IBU (CHECKLIST)

Kadang-kadang sebagai pasangan suami isteri yang baru pertama kali hendak menimang cahayamata kita terlalu teruja untuk menyambut kehadiran warga baru dalam mahligai yang kita bina bersama insan tersayang. Barang-barang keperluan untuk bakal ibu dan bakal baby harus disediakan secara beransur-ansur. Kalau nak dibeli borong terus mungkin terjelepuk bakal ayah waktu nak membayarnya nanti...