Saturday, September 1, 2012

Air oh air....

Kelakar sungguh bila setiap malam kita disuap (walaupun dah tak berselera) dengan isu air di Kelantan. Isu air di Pasir Mas, air berbau di Tumpat dan sebagainya. Segala permasalahan tersebut seolah mahu mengajak manusia yang malas berfikir untuk menyalahkan kerajaan negeri. Objektif penyangak ini pastinya tercapai andai kita terpengaruh dengan dakyah mereka.
Walau bagaimanapun sedarkah kita bahawa di dalam sebuah negeri selamat BN isu air masih berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Sudah berpuluh tahun masalah yang sama menghantui masyarakat Felda di Gugusan Bera, setiap kali musim raya setiap kali itulah warga felda (peneroka n anak cucu mereka)terpaksa mencari alternatif sendiri apabila bekalan air terputus. Bila tiba masa anak cucu berkumpul masa itu jugalah bekalan air akan terputus. Pam rosak, pam dicuri, air tak cukup, tekanan tak kuat dan pekerja bertugas bercuti merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh mereka. Saluran penghantaran air paip yang dah berkurun usianya turut dijadikan alasan. Bila Jabatan Bekalan Air dah ditukar kepada Perbadanan Air Pahang masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Yang bertanggung jawab tak pernah memandang isu ini sebagai satu isu yang serius, hanya kerana semua ini berlaku di negeri selamat UMNO.