Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011

Petang jumaat 15hb Oktober jadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Menanti dengan sabar di depan televisyen bermula daripada pukul 3 lagi.. Tapi baru masuk intro pembentangan yang disampaikan oleh YAB DSNTR generator telah dipadamkan.. Apa boleh buat, arahan jelas telah diberikan bahawa tepat pukul 4 generator mesti direhatkan sebelum dihidupkan semula untuk waktu malamnya..

Untuk mengisi kekosongan dan kebosanan petang maka bergegaslah kami bermain ping pong di dewan.. Hendak main badminton cuaca panas membahang.. Hendak tak hendak mainlah permainan yang bukan sebahagian dari permainan kegemaranku..

Selesai bermain ping pong sampai di rumah masing-masing terus menonton televiyen, malah ada juga yang membuka internet.. Bila dibaca ternyata ramai kakitangan awam yang menarik moncong, menjuih bibir.. Walaupun PTK dimansuhkan, cuti bersalin untuk kakitangan wanita ditambah 90 hari (dengan pilihan), insentif rm500 untuk pegawai gred 54 kebawah namun rata-ratanya masih tidak berpuas hati..

Harapan yang menggunung agar kerajaan memberikan bonus pada tahun ini nampaknya tidak kesampaian.. Kecewa lagi kakitangan awam sama seperti ketika selepas bajet 2010 dibentangkan oleh PM yang sama tahun lepas.. Yang lebih menjengkelkan ialah pengumuman untuk mendirikan sebuah bangunan 100 tingkat bernilai RM5 bilion sebagai mercu tanda kemajuan Malaysia.. Masing-masing tercari-cari relevannya pembinaan bangunan tersebut.. Amat tidak sesuai sekali sekiranya permintaan kakitangan awam agar diberikan bonus tidak dapat dilayan..

Pada saya pembinaan bangunan tersebut hanya satu pembaziran semata-mata.. Disaat kuasa beli penduduk Malaysia semakin lama semakin kecil sepatutnya kerajaan lebih prihatin untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf sosial rakyat.. Kos sara hidup di Malaysia sekarang ni semakin lama semakin tinggi, sedangkan gaji penduduk Malaysia masih ditakuk lama.. Setiap tahun ada sahaja kenaikan dalam barangan keperluan harian..

No comments: