Saturday, October 16, 2010

Hujung minggu di pedalaman

Hari Sabtu kali ini begitu terik sinaran mataharinya. Air sungai semakin jernih dan semakin kering. Kalau diikutkan takwim kemarau negeri Sarawak musim air langkang (meminjam perkataan iban yang bermaksud kering) sudah hampir-hampir ke penghujungnya. Niat hendak memancing pun terpaksa dipendam buat seketika kerana keadaan air hanya untuk ikan buntal je memakai umpan. Kalau adapun cuma ikan tengadak (kerai) yang berselera menyambar umpan, itupun terpaksa berada dalam perahu di bawah pancaran matahari terik berbekalkan umpan biskut atau roti.

Tapi di waktu begini penduduk rumah panjang yang menahan ukat akan datang ke sekolah untuk menjual ikan hasil tangkapan mereka. Setidak-tidaknya dapat jugalah kami menjamu selera berlaukkan ikan palau yang dimasak kukus.. Isinya yang manis memang membuka selera tambah-tambah bila perut sudah berkeroncong meminta untuk diisi..

Satu-satu yang menggembirakan ialah harapan yang diberikan oleh apai Beatrice, beliau akan menjual ikan semah kepada kami sekiranya ikan semah tersangkut di pukatnya.. Semah ini sebenarnya nama lain untuk ikan Kelah. Hhmmmm.. X sabar nak meratah isi lembut semah besok... harap-harap dapatlah ikan semah besok.. Amin...

No comments: