Friday, February 11, 2011

MASALAH KEJANG KAKI KETIKA MENGANDUNG

First time bila isteri mengadu dia mengalami kekejangan kaki akibat kandungan yang semakin membesar terasa sedih sangat-sangat.. Maklumlah kita bukan berada disisinya selalu. Tiga bulan sekali baru dapat bersua dengan isteri tersayang. Cari punya cari jumpalah info yang diberikan oleh seorang kenalan jauh. (TQ Puan Anna TKO).

Kebas pada bahagian kaki adalah perkara yg normal pada waktu mengandung, lebih2 lagi tremester terakhir kandungan. Berat bayi yg semakin bertambah menyebabkan kaki sakit menanggung, semasa berbaring pula berat bayi menekan pada sakur darah.. ini pula tidak dibantu oleh pertukaran hormon; progesteron yg melonggarkan otot2 dan sendi2..


Apa yg isteri saudara boleh lakukan utk mengurangkan sakit kaki, kebas2:

1. Sebelum tidur, diri mengadap dinding, hulurkan tangan ke arah dinding, pastu tonjet2kan kaki.. perbuatan ini utk stretchkan otot kaki tu.. buat dalam 3 kali sebelum tidur.

2. Minum banyak air.. jangan risau walupun perlu banyak ke bilik air waktu malam... normal lah tu..

3. Masa siang cuba jangan diri lama2 sangat.

4. Masa tidur/baring, cuba jgn tidur melunjur kaki atau baring belakang.. seelok2nya tidur mengereng seperti sunnah. Seperti tips yg saya bagi dalam thread ibu mengandung sebelum ini, try tidur mengereng, letak bantan celah kaki, letak bantal alas perut..

No comments: