Tuesday, February 8, 2011

PANDUAN MEMILIH BAJU MENGANDUNG

Sayang abang peknen? Alhamdulillah...Setelah 6 bulan bergelar suami isteri akhirnya khabar gembira kuterima pada Disember 2010 yang lepas. Perasaan gembira dan gementar bercampur baur. Mana tidaknya semua ni adalah pengalaman pertama buatku. Perkara yang terlintas ketika itu cuma hendak memaklumkan kepada satu dunia bahawa tidak lama lagi aku akan bergelar ayah. Tapi sayangku meminta agar semua ini dirahsiakan sehingga pemeriksaan doktor dibuat.. Bila dah kompem tu terus nak ajak sayang cari baju mengandung! hehehe... Tak sabar-sabar walhal kandungan sayang pun masih tak nampak lagi. Rupa-rupanya baju mengandung ni tak perlu dibeli awal sangat (masa kandungan bawah 5 bulan). Tambahan pula bagi wanita melayu, baju kurung masih sesuai dipakai terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Masalahnya cuma dibahagian pinggang kerana dah tak boleh nak cangkuk. Penyelesaiannya gunakanlah pin baju (pin yang besar macam pin lampin bayi tu lagi bagus…) supaya kain tak terlondeh.





Setelah berbincang dengan isteri tersayang, ahli keluarga dan rakan-rakan barulah jelas antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membeli baju mengandung :

1. Material baju sebaiknya yang dibuat dari kain kapas. Semasa mengandung badan mudah terasa panas. Ditambah pula dengan cuaca negara kita yang sememangnya panas. Jadi seeloknya anda pilih baju yang mudah menyerap peluh untuk keselesaan.
2. Kelonggaran baju harus diambil berat terutamanya di bahagian perut kerana perut anda akan makin membesar nanti. Memilih baju yang ngam-ngam je harus dielakkan sewaktu membeli tu.
3. Fesyen baju yang besar dibahagian perut memberi kelebihan kerana selepas habis tempoh mengandung nanti anda masih boleh memakai baju yang sama. Cuma kalau dah namanya fesyen ianya akan sentiasa berubah-ubah.
4. Kaler seluar harus yang berwarna gelap, supaya mudah dipadankan dengan mana-mana baju
5. Seluar yang boleh diubah-ubah ketat/longgarnya di bahagian pinggang kerana seluar yang ketat akan menekan bahagian perut.

Apa yang penting, tak perlulah beli baju mengandung banyak-banyak sangat kecuali anda memang bercadang hendak menyahut cabaran menambahkan populasi penduduk Malaysia.. Mengandung hanya setahun sekali, maka cukuplah sekadar satu pusingan seminggu. Lumrah manusia bila mengandung untuk yang seterusnya kita pasti akan berniat untuk membeli baju mengandung yang baru jugak. Lagipun tempoh isteri tersayang memakai baju mengandung biasanya cuma antara 5 ke 7 bulan saja. Kemudian segalanya akan disimpan sehingga isteri tersayang mengandung lagi..

Perlu diingat ada banyak lagi persediaan lain yang perlu anda sediakan seperti kelengkapan bayi, kelengkapan ibu bayi ( ubat bersalin, bengkung, pam susu dll), bajet untuk kos dan rawatan bersalin di hospital, bajet untuk rawatan mengurut selepas bersalin dan macam-macam lagi..

No comments: